Barang Yang Lepas Jangan Dikenang
Seperti biasa.. malam ini aku melayari blog-blog untuk mencari ilham.. tatkala itu corong di radioku memutarkan lagu 'Barang Yang Lepas Jangan Dikenang' dendangan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.. aku menghayati bait-bait liriknya dan ternyata lagu itu benar-benar meninggalkan kesan kepada diriku.. bukannya kenangan kepada insan lain yang ku kenang tetapi nasib yang bakal menimpa generasiku yang akan datang kiranya sesuatu tidak dilakukan bagi mempertahankan apa yang kita nikmati hari ini..
Soalan mengenai masa depan bangsa terus menjadi fokus utama bagi diriku.. ini kerana aku tidak mahu dicaci oleh anak cucuku kerana gagal mempertahankan sesuatu yang amat berharga yang pernah dimiliki oleh bangsaku iaitu Martabat! Kini, martabat itu sedikit sebanyak telah mula terhakis.. bagaimana ia boleh terhakis? Tepuk dada tanya selera.
Tiada siapa yang dapat memberi jaminan bahawa martabat itu tidak itu akan hilang.. aku sendiri melihat dengan perkembangan yang berlaku kepada bangsaku kebelakangan ini, martabat itu akan hilang dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun sahaja dari sekarang.. mungkin ada yang marah dengan ramalanku ini.. ayuh, buktikanlah yang ramalanku ini tidak akan berlaku..
Seorang rakanku mengirim sms kepadaku pagi tadi dengan nada kecewa melihat perkembangan yang berlaku dewasa ini.. aku membalas dengan mengatakan, kitalah yang bertanggungjawab untuk meMartabatkan kepada bangsa kita.. beliau membalas, kita tidak mampu melakukannya apatah lagi dengan karenah pemimpin-pemimpin kita hari ini yang hanya sibuk memenuhkan tembolok sendiri.. Ya! aku bersetuju dengan pendapatnya itu.. tetapi aku tegaskan kepada rakanku itu.. bahawa kesedaran itu perkara asas untuk meMartabatkan bangsa.. kemudian diikuti dengan semangat.. kemudian barulah perjuangan.. walaupun kita ini kerdil dan tidak mampu untuk meMartabatkan bangsa.. namun kita Wajib melakukan mengikut kemampuan kita! Ya! kita Wajib lakukan dengan kudrat yang ada.. Aku tidak mahu melihat satu hari nanti cucuku bertanya, mengapa atuk tidak pertahankan martabat kita dulu..? kalau dulu atuk pertahankan martabat kita tentu bangsa kita akan menjadi bangsa yang disanjung tinggi.. tatkala itu menyanyilah kita, 'Barang Yang Lepas.. Hai Jangan Dikenang....
abid - sumbang kalau nyanyi

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home