Wadah Perjuangan Bangsa

Mencari Kekuatan Bangsa. Menilai Keupayaan Bangsa.

Sunday, December 17, 2006

Beban Yang Memang Terbeban

Assalamualaikum,

hampir dua minggu aku tidak meluahkan perasaan aku disini. Walaupun aku pun tak tahu entah ada entahkan tidak orang yang membacanya namun aku tetap mahu meluahkan perasaan aku disini.

Setiap hari aku pergi ke pejabat menggunakan Lebuhraya Kesas. Tidak aku nafikan memang mudah, cuma perlu membayar tol. Kalau nak ikutkan memang membebankan tapi apa boleh buat, itulah yang terpaksa aku tempuhi. Aku mencongak kasar, perbelanjaan nak ke pejabat setiap hari aku terpaksa mengeluarkan RM10 untuk tol sahaja pergi-balik kerja. Tambah lagi RM15 untuk duit minyak, maka jumlahnya adalah RM25 sehari. Apabila didarab dengan 30 hari, perbelanjaan ke pejabat sahaja hampir RM750. Itu tak termasuk perbelanjaan lain termasuklah belanja tembakauku... Uwaaa!! belanja itu semua hampir 1/3 daripada jumlah pendapatanku...!!

Baru-baru ini, brader Samy telah memberikan berita gembira buatku.. kadar tol akan dinaikkan. Tiada yang lebih menggembirakan aku melainkan berita itu..!! ini beerti aku perlu mengeluarkan belanja yang lebih lagi untuk ke pejabat.. Terima kasih brader Samy..!! engkau sememangnya mengerti keperitan hidup rakyat bawahan seperti aku.. Jasa baikmu dan rakan-rakan aku ku kenang dan pasti ku balas jua..!! Tiada kata yang dapat menggambarkan kegembiraanku..!!

Itu hanyalah berita gembira buatku menyambut tahun 2007 belum lagi berita gembira untuk tahun 2008. Tidak perlu aku nyatakan disini kerana semua kita dah tahu beritanya.. Terima kasih..!!

Sunday, December 03, 2006

Barang Yang Lepas Jangan Dikenang

Seperti biasa.. malam ini aku melayari blog-blog untuk mencari ilham.. tatkala itu corong di radioku memutarkan lagu 'Barang Yang Lepas Jangan Dikenang' dendangan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.. aku menghayati bait-bait liriknya dan ternyata lagu itu benar-benar meninggalkan kesan kepada diriku.. bukannya kenangan kepada insan lain yang ku kenang tetapi nasib yang bakal menimpa generasiku yang akan datang kiranya sesuatu tidak dilakukan bagi mempertahankan apa yang kita nikmati hari ini..

Soalan mengenai masa depan bangsa terus menjadi fokus utama bagi diriku.. ini kerana aku tidak mahu dicaci oleh anak cucuku kerana gagal mempertahankan sesuatu yang amat berharga yang pernah dimiliki oleh bangsaku iaitu Martabat! Kini, martabat itu sedikit sebanyak telah mula terhakis.. bagaimana ia boleh terhakis? Tepuk dada tanya selera.

Tiada siapa yang dapat memberi jaminan bahawa martabat itu tidak itu akan hilang.. aku sendiri melihat dengan perkembangan yang berlaku kepada bangsaku kebelakangan ini, martabat itu akan hilang dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun sahaja dari sekarang.. mungkin ada yang marah dengan ramalanku ini.. ayuh, buktikanlah yang ramalanku ini tidak akan berlaku..

Seorang rakanku mengirim sms kepadaku pagi tadi dengan nada kecewa melihat perkembangan yang berlaku dewasa ini.. aku membalas dengan mengatakan, kitalah yang bertanggungjawab untuk meMartabatkan kepada bangsa kita.. beliau membalas, kita tidak mampu melakukannya apatah lagi dengan karenah pemimpin-pemimpin kita hari ini yang hanya sibuk memenuhkan tembolok sendiri.. Ya! aku bersetuju dengan pendapatnya itu.. tetapi aku tegaskan kepada rakanku itu.. bahawa kesedaran itu perkara asas untuk meMartabatkan bangsa.. kemudian diikuti dengan semangat.. kemudian barulah perjuangan.. walaupun kita ini kerdil dan tidak mampu untuk meMartabatkan bangsa.. namun kita Wajib melakukan mengikut kemampuan kita! Ya! kita Wajib lakukan dengan kudrat yang ada.. Aku tidak mahu melihat satu hari nanti cucuku bertanya, mengapa atuk tidak pertahankan martabat kita dulu..? kalau dulu atuk pertahankan martabat kita tentu bangsa kita akan menjadi bangsa yang disanjung tinggi.. tatkala itu menyanyilah kita, 'Barang Yang Lepas.. Hai Jangan Dikenang....

abid - sumbang kalau nyanyi

Monday, November 27, 2006

Salam Wahai Bangsaku

setiap malam selepas pulang dari kerja, aku pastinya akan menziarahi blog-blog yang ku gemari dan juga yang tidak ku gemari.. apa yang aku cari? aku sendiri pun tiada jawapannya.. tetapi yang aku sedari adalah bangsaku kini dalam masalah yang besarrrr...

tujuanku meneroka blog ini juga tiadaku ketahui.. mungkin sekadar 'arghhh orang ada blog, aku pun nak ada blog sendiri,' naluriku berkata.. tapi apa yang aku nak khabarkan? apa yang ingin aku kongsikan? apatah lagi aku bukanlah penulis... menyusun kata pun lintang pukang.. lalu aku berfikir... pedulikan apa orang nak kata.. apa kata aku jadikan ini sebagai medan... medan pertempuran? oh! tidak sama sekali? itu hanya menjadikan aku sebagai pengkhianat bangsa... aku sebenarnya mahu melihat bangsa aku bersatu! bersatu! menjadi kuat! dan disegani..

berbalik aku kepada masalah yang melanda bangsaku.. setiap hari aku membaca akhbar.. aku melihat ada sesuatu yang tidak kena.. terutamanya selepas perkumpulan sebuah pertubuhan bangsaku baru-baru ini.. mengapa tiada seperti selalu.. mengapa mereka yang memerhati membuat kenyataan sedemikian... berani sungguh mereka... tidakkah selama ini mereka tiada keberanian itu... silap bangsaku mungkin... dimana jawapannya... disinilah harapanku untuk menemuinya...